Tuesday, July 7, 2009

Fikirlah...

Apabila kita melihat negara kita, kita dapat merasakan negara kita begitu aman sekali. Tetapi apakah kita sedar negara kita telah lama dirasuk oleh propoganda barat yang kini cuba mengaburi fikiran rakyat negara ini. Keadaaan ini cukup melemahkan saya apabila melihat anak-anak muda zaman kini seperti telah dirasuk syaitan. Pergaulan sosial terus semakin menggila hingga menyebabkan pihak jabatan agama pening kepala. Namun apakan daya mereka tidak punyai kuasa untuk membanteras. Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai negara Islam yang aman telah dicemari oleh virus-virus dari negara-negara barat yang kebanyakannya berunsurkan sesuatu yang negatif.

Namun adakah pemimpin-pemimpin kita sedar akan keadaan ini. Mereka hanya mementingkan pembangunan material semata-mata tetapi tidak menghiraukan pembangunan spiritual yang diidamkan oleh semua. mengapa ceramah sering dihalang tetapi mengapa pusat hiburan terus dibuka. Jika ini terus berlaku, apakah akan berlaku kepada anak-anak muda zaman kini yang bakal memimpin negara pada masa hadapan. Melihat perangai anak-anak muda yang kini sudah binasa telah menjangkakan kita bahawa Malaysia akan musnah pada masa hadapan jika penerapan agama dalam diri anak-anak tidak dilakukan.

Siapa yang akan memimpin Malaysia pada masa hadapan? Adakah kita mahukan pemimpin yang rosak akhlaknya? Siapa yang akan memimpin kita? Adakah mereka itu dari barisan penagih rokok, dadah dan gam? Adakah mereka itu dari barisan peguam, doktor, jurutera dan arkitek yang berjaya? Adakah akan lahirnya ulama'-ulama' muda yang tinggi ilmunyan untuk memimpin manusia ke landasan yang benar. Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui. Tetapi kita sebagai hamba yang lemah ini haruslah berusaha untuk terus memperbaiki diri kita.

Siapa tahu suatu hari nanti akan lahirnya puak jahiliah zaman moden. Itu pasti berlaku kerana ia pun telah berlaku. Apabila kita merenung kembali kisah kaum Nabi Luth a.s., kita dapat mengetahui tentang amalan buruk masyarakat zaman itu yang melakukan hubungan homoseksual dan perkara ini berlaku pada zaman kini. Apabila dibicarakan pula tentang kisah kaum Nabi Hud a.s., jelas kita melihat bahawa manusia zaman itu langsung tidak mensyukuri akan nikmat Allah S.W.T. yang telah mengurniakan kekayaan ke atas bumi itu. Perkara ini turut berlaku pada zaman kini.

Hati resah ini masih teringat akan peristiwa tsunami yang melanda negara kita yang telah mengorbankan lebih 60 nyawa. Bukan melihat pada bala itu, tetapi senelumnya di Pulau Pinang telah diadakan satu pesta iaitu Pesta Pinang Sungai Nibong. Apabila melihat pesta ini, ia penuh dengan maksiat dan perbuatan terkutuk yang dicela oleh Allah S.W.T.. Mengapa ini terus berlaku? bukankah kita dipimpin oleh pemimpin yang Islam agamanya?

Dan akhir sekali mahukah kita melihat ulama'-ulama' terus dicaci, masjid terus dirobohkan seperti yang berlaku pada Masjid Al-aqsa, sanggupkah kita melihat pejuang-pejuang jihad terus dibunuh dan dianggap sebagai pengganas, undang-undang hudud diketepikan dan undang-undang kafir diagung-agungkan. dann akhir sekali adakah kita mahu melihat dunia Islam ini musnah. oleh itu marilah bersatu menegakkan agama Allah yang benar ini.

Takbiir!!!

Allahu Akbar!!

No comments:

Post a Comment